Sunday, March 9, 2008

Orang Quraish Mengancam Abu Talib

Orang Quraish Mengancam Abu Talib

Pembesar – pembesar quraish datang berjumpa Abu Talib, lantas berkata: “wahai Abu Talib, sesungguhnya engkau seorang tua dan terhormat serta mempunyai kedudukan di kalangan kami. Kami telah meminta engkau menghalang anak saudaramu, tetapi engkau tidak menghalangnya. Demi Allah, kami sudah tidak tahan lagi membiarkan nenek moyang kami dicaci, akal fikiran kami diperbodohkan dan tuhan – tuhan kami diaibkan, melainkan engkau sanggup menghalangnya, atau kalau tidak biarkan kami menyelesaikan sehingga binasa salah satu daripada dua pihak.

Ancaman itu sungguh terasa berat bagi Abu Talib. Lalu dia menjemput Rasulullah s.a.w dan berkata: “wahai anak saudaraku, sesungguhnya kaummu telah datang kepadaku. Mereka mengatakan begini, begini, maka tolonglah selamatkan diriku dan dirimu, janganlah engkau bebankan kepadaku urusan yang aku tidak terdaya”. Rasulullah s.a.w menyangka bahawa bapa saudaranya sudah enggan melindunginya serta tidak berupaya lagi untuk membantunya. Lantas baginda pun berkata: “ Hai bapa saudaraku ! Demi Allah, jika mereka letakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini – sehinggalah Allah menzahirkan kemenangannya atau aku terkorban di jalannya – nescaya aku tidak akan meniggalkannya”. Kemudian Rasulullah s.a.w menangis dan bangun. Apabila baginda mula sedar, Abu Talib memanggilnya. Setelah baginda tampil semula, Abu Talib berkata kepadanya: “wahai anak saudaraku, katalah kata apa yang kamu suka, demi Allah aku tidak akan menyerahkan engkau kepada sesiapa pun selama – lamanya”. Kemudian beliau bersyair:

Demi Allah, mereka semua tak akan dapat mencapaimu
Kecuali setelah aku bersemadi di dalam tanah
Jalankan urusanmu, tidak ada celanya terhadapmu
Gembira dan tenteramkanlah dirimu.
Ilalliqa'.....

23 comments:

KimAmaN said...

Salam...

emmmm..jalan cerita awak simple..kalu bole biar jalan ceritanya panjang sikit jer lagi bia bagi nmpak lebih mnarik dan trlebih mnarik ntuk org bacer & hayati..k,. chayyok2..ieyna..!!!

wsalam..

Fazieyra said...

Salam...
cehhh3 best nyer cite...blh insaf 2 cite, sdh pn ada gak...contohilah ksbran nabi muhammad dalam hidup mu...
Timo kaseh....

azianiza said...

kisah yang berbentuk dialog ini bagi saya menarik...
semoga kisah yang dipaparkan dapat menjadi ikhtibar untuk kita bersama...
thats all.....

zieyra86 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
zieyra86 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Irshadiah Addiniah said...

tahniah...pabila dikomen,jgn lupe mngomen...teruskan perjuangan

bDk pAhANg said...

salam...best gak bacer ko punyer citer.harap ader citer2 lain lagi.

shida said...

salam ukhuwah ya ukhti...
best gak jaln cito awk ekk..
simple n mudah dfhmi..
jng dok cito je ek..
ambk la ikhtibar n pengajaran dr cito ni...
k ilalliqa'...

areda said...

salam,,,cite awk tu ok,,,n menarik minat sy utk membaca,,,k,,good luck.

ummuhurairah said...

certa yang menarik. perbanyakkan lagi penulisan. syabas..

wangs said...

cite agak menark, tp lbh menarik jika anda menceritakan dgn lbh dalam lg. waasssalam

Rai Arn said...

salam..
gud story..
thniah..jgn lupa komen kt lak ek!!..syukran..

suhaini said...

baru tengok cite ni malam tadi. sedih giler..sebaik-baik abu talib, tetap tak diberi hidayah dari Allah. bersyukur la kite dah memang lahir dalam Islam

Anonymous said...

salam.......criter yg ringkas...tp ape2 pun thniah di atas blog ni.......

zuraida said...

salam,citenya ringkas tp padat.ok

mestika_87 said...

salam.. menarik.. teruskan perjuangan..chaiyo..chaiyo!!

helmy said...

salam.teruskan menulis dan semoga berjaya.wassalam.

Ayuni said...

Salam...bestkan sebar cerita tentang sirah rasul nie,sama2 kte tambah ilmu...teruskan usaha anda...good luck!!!

ina said...

salm..
best citer nie wlpun nmpk very simple..yg pntg org fhm msj yg ingin disampaikan...tahniah dan teruskan menulis

aisa said...

salam...
citer yg menarik..tahniahlah..
teruskan lg menulis k..
bah jgn lupa pl komen ak k...

nawwir nur-eniey- said...

salam..menarik crita nie..Alhamdulillah sama2 kita menghayati kisah2 para nabi..teruskan usaha..

HANAK said...

emmm menarik...gud luq final

w.i.s.d.O.m said...

nicework,nicejob,nicestory...
keep trying da best ya..
n mehla kte sma2 amik pengajaran dari kisah ni ek..
smoga ia mberi manfaat kpd kite sume:D

bittaufiq wannajah..
chaiyoo!!

p/s: jgn lupa komen blog sy tau:D..