Sunday, March 9, 2008

Orang Quraish Mengancam Abu Talib

Orang Quraish Mengancam Abu Talib

Pembesar – pembesar quraish datang berjumpa Abu Talib, lantas berkata: “wahai Abu Talib, sesungguhnya engkau seorang tua dan terhormat serta mempunyai kedudukan di kalangan kami. Kami telah meminta engkau menghalang anak saudaramu, tetapi engkau tidak menghalangnya. Demi Allah, kami sudah tidak tahan lagi membiarkan nenek moyang kami dicaci, akal fikiran kami diperbodohkan dan tuhan – tuhan kami diaibkan, melainkan engkau sanggup menghalangnya, atau kalau tidak biarkan kami menyelesaikan sehingga binasa salah satu daripada dua pihak.

Ancaman itu sungguh terasa berat bagi Abu Talib. Lalu dia menjemput Rasulullah s.a.w dan berkata: “wahai anak saudaraku, sesungguhnya kaummu telah datang kepadaku. Mereka mengatakan begini, begini, maka tolonglah selamatkan diriku dan dirimu, janganlah engkau bebankan kepadaku urusan yang aku tidak terdaya”. Rasulullah s.a.w menyangka bahawa bapa saudaranya sudah enggan melindunginya serta tidak berupaya lagi untuk membantunya. Lantas baginda pun berkata: “ Hai bapa saudaraku ! Demi Allah, jika mereka letakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini – sehinggalah Allah menzahirkan kemenangannya atau aku terkorban di jalannya – nescaya aku tidak akan meniggalkannya”. Kemudian Rasulullah s.a.w menangis dan bangun. Apabila baginda mula sedar, Abu Talib memanggilnya. Setelah baginda tampil semula, Abu Talib berkata kepadanya: “wahai anak saudaraku, katalah kata apa yang kamu suka, demi Allah aku tidak akan menyerahkan engkau kepada sesiapa pun selama – lamanya”. Kemudian beliau bersyair:

Demi Allah, mereka semua tak akan dapat mencapaimu
Kecuali setelah aku bersemadi di dalam tanah
Jalankan urusanmu, tidak ada celanya terhadapmu
Gembira dan tenteramkanlah dirimu.
Ilalliqa'.....